Tiang Agama

Friday, April 4, 2008

Sufiah... oh sufiah..

termenung seketika... ermmm
kita mmg payah nk meramal masa dpn.. kesempurnaan yg kita miliki arini ni x menjamin kebahgiaan d masa dpn.. senyum d bibir tak semestinya damai d hati.. tiada siapa dgn relanya mencampakkan diri ke lembah hina jika tiada sesuatu yg menariknya ke situ.. kita yg hanya melihat tak layak menghukum.. hanya empunnya diri yg tahu betapa tsunami nya dugaan yg menimpa diri...
memang la kita manusia sekadar merancang tapiiiiiiiii entah la... sebeno yer aku begitu tertarik gan cerita yg tgh gempaq skrg ni.. sufiah yusof.. pelajar pintar maths.. ibunya org kelahiran johor... xyah la aku nk membebel pjg, just nk tarok artikel dr berita harian online ni... baca & ambil la ikhtibar dr nya....


Jumaat, 04 April 2008

27 Rabiulawal 1429


Bekas suami hairan Sufiah

LONDON: Bekas suami Sufiah Yusof, sedih kerana wanita yang pernah menjadi pelajar pintar matematik dan diterima masuk ke Universiti Oxford itu mensia-siakan bakatnya dengan memilih kehidupan yang salah.

Jonathan Marshall, peguam yang kini bekerja di Arab Saudi, berkata walaupun Sufiah memiliki masalah dengan keluarganya ketika membesar, bekas isterinya itu seharusnya sedar bahawa dia memiliki bakat dan banyak kelebihan berbanding orang lain.

"Saya terkejut, ia amat menyedihkan. Amat mengejutkan apabila seseorang menggunakan hidupnya ke jalan seperti itu. Saya tidak dapat menduga kenapa dia mahu melakukan perkara seperti itu, terutama seseorang seperti dirinya.

"Lebih mengejutkan, dia datang daripada latar belakang seorang Islam. Mengetahui seseorang melakukan perkara seperti itu, tambahan pula seseorang yang saya kenal rapat, ia membuatkan saya terfikir macam mana dia boleh terjebak," katanya sambil menjelaskan, perceraian mereka adalah disebabkan perbezaan haluan hidup masing-masing.

Sufiah, 23, yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, dilaporkan melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya. Akhbar tabloid di London, News of The World, Ahad lalu, melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Ibunya, Halimahton Yusof, 52, berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof, 51, dari Pakistan, kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun.

Sufiah berkahwin dengan Marshall pada 2004 tetapi berakhir dengan perceraian setahun kemudian. Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan Kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

Marshall menjelaskan, mereka berpisah kerana beliau lebih sedar mengenai Islam yang menjadi asas perkahwinan mereka sedangkan Sufiah tidak sedemikian. "Sebab kami berpisah adalah saya menjadi lebih sedar (mengenai Islam) tetapi Sufiah tidak, menyebabkan dia memilih jalan salah dan jauh dari arah yang ingin saya tuju. Ajaran Islam adalah asas kehidupan seharian kita, jadi apabila laluan yang dipilih berbeza, ia menjadi isu utama.

"Dia bukanlah seorang yang mementingkan perkara zahir, dia bukanlah seorang yang sukar untuk hidup bersama. Kami memiliki matlamat berbeza, idea berbeza mengenai apa yang akan kami jadi. "Setahu saya, tiada isu kecurangan atau apa-apa. Saya tidak pernah memikirkan perkara seperti itu kerana agama adalah asas perkahwinan kami," katanya sambil berharap Sufiah dapat kembali ke pangkal jalan. Beliau berkata, seseorang itu boleh menyalahkan sejarah masa kecilnya, tetapi ada masanya mereka harus bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan. "Dia seorang yang berkemampuan tapi amat menyedihkan dia tidak mampu menggunakan bakat yang ada padanya. Satu syarikat akhbar memberitahu saya yang mereka menawarkan bayaran tertentu untuk cerita mengenai dirinya. Secara peribadi, saya lebih rela menjual cerita saya berbanding diri saya," katanya.




Di KUALA LUMPUR, kerajaan melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim untuk mengetuai misi menyelamatkan Sufiah.

Menteri di JPM, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata misi 'Selamatkan Sufiah' dilancarkan atas kesedaran kerajaan untuk bertindak segera bagi menyelamatkan akidahnya.

"Kami akan melakukannya dengan kerjasama Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Mashitah akan ke London secepat mungkin bagi bertemu Sufiah," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks Pusat Islam semalam. Sementara itu, Mashitah berkata, beliau merancang menemui Halimahton dulu bagi mengetahui masalah sebenar sebelum bertemu Sufiah.

"Sufiah sebelum ini seorang anak yang menjaga agamanya dan tidak meninggalkan solat lima waktu, tetapi kerana terdesak untuk meneruskan pengajian selepas bapanya dipenjara, dia sanggup menggadaikan tubuhnya. "Kita akan menyusun strategi untuk menyelamatkan Sufiah dan mengembalikannya menjadi orang Islam yang baik. Kita akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Sufiah kalau itu menjadi masalah utamanya sehingga beliau menggadai diri. Jika boleh, kami ingin membawa pulang Sufiah ke negara ini," katanya.
p/s :- semoga sufiah kembali ke pangkal jalan dan diberi petunjuk & hidayah olehNya.. amin..

No comments: