Tiang Agama

Tuesday, March 25, 2008

kisah tangan...

actually cerpen ni aku cilok dr emel.. mebi korg pn da penah baca.. tp kisah dier mmg touching sgt..
oleh sbb tu la aku suke sgt nk share gan korg yg belom penah bc kisah ni..
t'lalu b'guna utk pengajaran b'sama, terutama pd mrk yg ade ank.... jom layannnnn....


Abah bagi balik tangan ita...


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.

Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..




Friday, March 21, 2008

fening..

ke'bz'an melanda la lately nie.. mcm2 bende dok berebut tpt dlm kepala otak aku nie.. nk naik giler pn ade.. huhuhu.. keje yg berlambak kat lab plus boss duk push jer.. assigment+amali report+presentation pn dok beratur menunggu giliran tuk aku bt/edit.. nasib baik mostly by group.. aku just tmbh2 @ edit sket dr pe yg dorg da buat...
now relationship kat lab ni pn mcm goncang sket.. perangai mcm kanak2 rebena.. tp umo da tua (tua dr aku ar).. bende kecik jer pn, tp dier....aduiii... sabo jer ler.. lantak dier la.. byk bende lain aku nk pikir dr dok pening pikir pasal dier.. asalkn aku bt keje aku dah..

esk ade presentation + test.. sunday pn ade test gak.. kinas (partner aku) demam la plak.. esk dier x sure dpt attend class or not.. masak la aku kalo dier xde.. ermmm

k la... asik dok mengeluh pn bkn yer leh siap keje pn.. nk smbg wat keje blk..

p/s : ble rs kepala otak da berserabut sgt, b'henti kejap n bc maksud ayat 1000 dinar byk kali.. huhuhu.. aku nk attach skali video warisan anak kecil, tp entah pe kene xlepas la plak..

Tuesday, March 11, 2008

politik... ermm

salam takziah tuk ahli keluarga allahyarham datuk zakaria md deros di atas kehilangan org tersayang pagi td..
datuk zakaria merupakan bekas DUN port klang yg pernah menimbulkan kontroversi atas pembinaan banglo ala istana di kg idaman port klang tahun lepas..
difahamkan punca kematian adalah di sebabkan masalah jantung..
walau apa pn yg telah dilakukan arwah sepanjang hayatnya, kita kena faham yg beliau juga insan biasa.. muhasabah diri sendiri..
semoga roh nya dicucuri rahmat.. al-fatihah
.
note : kini ADUN port klang disandang oleh wakil parti keadilan rakyat (PKR) yg telah menewaskn calon BN iaitu menantu kpd arwah (roselinda abd jamil) dgn majoriti 4 ribu lbh..

Friday, March 7, 2008

LiFe..

LIFE IS AS BEAUTIFUL AS YOU MAKE IT..

Always live your life to its fullest

Enjoy laughter, touch a star

Smile for today while you shine through your tomorrows

Venture out, conquer the unconquerable

Look where others dare not look

Open your heart. Make new friends

Speak your mind

Challenge tomorrows and treasure yesterdays

Remember that happiness is what we have within us

Capture all that you can in this beautiful creation called life...


=====


Jika dikata embun pagi itu suci

suci lagi pengorbanan & keikhlasan

Jika dilihat pulau itu indah

Indah lagi pertemuan

Jika dirasa mutiara itu bernilai

Bernilai lagi kejujuran

Jika cantik dilihat cahaya mentari terbit & terbenam

Cantik lagi senyuman seseorang insan

Jika hukum alam ada pasang surut air laut

Janganlah benarkan ukhwah dibina ada pasang surutnya

Jika berharga permata

Berharga lagi ingatan seorang teman...


=====


Kita ada 1 saja hati

Jika gembira hati itulah

Jika bertaqwa hati itulah

Jika beriman hati yang 1 itu juga

Jika bercinta hati itu juga

Jika terluka pun hati nan 1 itu

Terlalu 1 untuk banyak perkara

Maka jagalah hatimu & hati orang yang menyayangimu...


=====


In life

Allah doesn't give you the person you want

instead HE gives you the person you need

to teach you

to hurt you

to love you

and to make you exactly the way you should be...


=====

Thursday, February 28, 2008

sajer recall emel lame ;-D

p/s : kepada sesape yg agak penakut, lemah semangat, lemah jantung, tgh mengandung, ermm pe lagi? pape la, diharap jgn buka video di bwh ni yer (kerusi joget).. harap maklum..


kerusi joget

===============================

p/s : tolong jgn bt perkara seperti dlm video di bwh ini.... (kureng asam betol!!)


kureng asam

Wednesday, February 27, 2008

DOA

KETIKA RESAH & KESUSAHAN

"Dgn nama ALLAH aku berlindung, dgn kebesaran ALLAH serta kekuasaan-Nya drpd keburukan yg aku dapati dari keresahan ini"

(Al-Tarmizi)



BERLINDUNG DARIPADA KELEMAHAN

"Wahai Tuhanku!sesungguhnya aku berlindung dgn Engkau drpd kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan, kerungsingan & azab kubur"

(Muslim)

UMUR TERBAIK

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku diakhirnya. Dan sebaik-baik usahaku penyudahnya. Dan sebaik-baik hari bagiku ialah hari berjumpa dgn Engkau"

Friday, February 22, 2008

TeRaMaT RiNDu..


TERAMAT RINDU..

Aku rasa rindu,

pada keramahan tutur kata

keriuhan senda tawa

tika itu.. kurasa amat bahagia..

...

Ku teramat rindu,

pada seorang teman

yang kini sunyi seribu bahasa

meminggirkan dirinya

bersama bebanan kisah duka

dan kecelaruan jiwa nestapa

...

Teman ku itu

sungguh tamak

enggan berkongsi rasa

kedekut untuk bercerita

tentang ceritera hibanya

sendirian dia melayan sendu

jauh dari pandangan ku

...

Aku yang terkapai kebingungan

hanya mampu memandang

dengan rasa begitu terkilan

kerna dipinggirkan

Namun... aku tetap mendoakan

sinar suria kan kembali menyinari

senyuman ayu kembali terhias rapi

hingap diseraut wajah solehahnya

...

Semoga dia terusan tabah

mengharungi dugaan Illahi

terus kuat untuk melangkah

ranjau duri nan berbisa ini..

...

Aku teramat merindukan

keakraban kita yang dulu..

...

...

you know who u are

...

...

...

~~22hb February 2008~~
.
.
.
february yg jiwang.... huhuhu....